Monday, January 30, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H / 2012M

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1433H/2012M, Peringkat Negeri Pulau Pinang

12 Rabiulawwal 1433H/ 5 Februari 2012M, Jam 7.00 pagi - 11.30 pagi, bertempat di Dewan Sri Pinang,Lebuh Light, Georgetown,Pulau Pinang. Tema : Rasulullah S.A.W Pencetus Perubahan

Thursday, January 19, 2012

Cik Sharida Abdullah, Penolong Pegawai Perpustakaan, Unit Perolehan & Koleksi telah kembali ke rahmatullah. . Takziah!

19 Januari 2012 (khamis), 6.30 pagi. . .

Monday, January 16, 2012

Selamat Tahun Baru Cina 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya bagi kakitangan PPAPP yang akan menyambut perayaan yang penuh dengan kemeriahan ini.Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, setiap tahun akan mengikut putaran sistem zodiak Cina. Antara sistem zodiak Cina, zodiak "naga" sememangnya amat dinanti-nantikan oleh semua masyarakat Cina dan Tahun 2012 merupakan Tahun Naga.

Thursday, January 5, 2012

Pesta Sukan Antara Perpustakaan Se-Malaysia ke 20

Pesta Sukan Antara Perpustakaan Se-Malaysia kali ke 20 kembali lagi, medan untuk kakitangan perpustakaan menonjolkan bakat dalam bidang sukan. Kali ini Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor akan menjadi tuan rumah Pesta Sukan Antara Perpustakaan Se-Malaysia kali ke 20.

Staff PPAPP @ Youtube

Tontonilah pelbagai video aktiviti kakitangan PPAPP hanya di
http://www.youtube.com/penanglibrary

PPAPP @ Youtube

Tontonilah pelbagai video aktiviti PPAPP hanya di
http://www.youtube.com/penanglibraryV2

Hit Start

Followers

Hubungi Kami

Perbadanan Perpustakaan Awam
Pulau Pinang,
JKR 2118, Jalan Perpustakaan,
Seberang Jaya, 13700 Perai,
Pulau Pinang.

Telefon : 04-3971058
Fax : 04-3970226


Moderator Blog : administrator


Blog ini telah diwujudkan sejak 14 Jun 2009

Created by Penanglibrary. Powered by Blogger.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More