Saturday, December 28, 2013

Hore-Hore Boria Ke-2


Program Hore-Hore Boria melibatkan 4 kumpulan boria yang membuat persembahan, antaranya Boria Bukit Gedung, Budaya Sari, PPAPP dan Gema Permata... telah berlangsung pada 28 Disember 2013 (Sabtu) bertempat di Perpustakaan Negeri, Seberang Jaya.

Monday, December 23, 2013

Majlis Bacaan Yassin & Sambutan Hari Lahir Kakitangan PPAPP


Majlis bacaan yassin dan sambutan hari lahir kakitangan ( Julai - Disember) pada 23 Disember 2013, bertempat di Perpustakaan Negeri, Seberang Jaya.



Wednesday, December 18, 2013

Transformasi Kejayaan Usahawan


Program anjuran PUSPANITA Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama PPAPP pada 18 Disember 2013 (Rabu)
bertempat di Perpustakaan Negeri di Seberang Jaya.

Saturday, November 30, 2013

Eksplorasi Kembara Ilmu Perpustakaan - UITM Merbok


Program anjuran bersama pelajar semester 5, UITM Merbok Cawangan Kedah telah berlangsung pada 30 November 2013 (Sabtu), jam 9.00 pagi bertempat di Perpustakaan Negeri, Seberang Jaya.

Tuesday, November 26, 2013

PPAPP @ Hari Inovasi Peringkat Negeri Pulau Pinang 2013


PPAPP terlibat untuk pameran sempena Hari Inovasi Peringkat Negeri Pulau Pinang pada 26 November 2013 (Selasa) bertempat di Hotel Gurney, Penang

Gotong royong makan tengahari bersama kakitangan...


Majlis gotong royong makan tengahari bersama kakitangan Perpustakaan Negeri, pada 25 November 2013, bertempat di Perpustakaan Negeri, Seberang Jaya.

Friday, November 22, 2013

Gotong royong membuat "Bubur Asyura"

Gotong royong membuat "Bubur Asyura" di Perpustakaan Negeri pada 20 November 2013 (Rabu), bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang.

Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram 
iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali sebagai sugha.

Wednesday, October 30, 2013

Mesyuarat Kakitangan & Mesyuarat Kelab Kebajikan Kakitangan PPAPP






Mesyuarat kakitangan & mesyuarat kelab PPAPP telah dijalankan pada 28hb Oktober 2013 (Isnin). Mesyuarat Kakitangan bermula pada jam 9.00 pagi, manakala Mesyuarat Kelab Kebajikan Kakitangan PPAPP bermula jam 2.00 petang.


Photo by : Dayat & Halimz

Majlis Perkahwinan Hasanah (PDPK) & Hamdan


Majlis Perkahwinan Nur Hasanah Bt. Ishak (PDPK) dengan pasangannya 
Ku Mohamad Hamdan B. Ku Azzemi pada hari Sabtu, 30 November 2013 bersamaan 27 Muharram 1435 Hijrah bertempat di 6110 Permatang Kuang, 13100 Penaga, Pulau Pinang.

Selamat Hari Deepavali


Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua rakan-rakan beragama Hindu. Semoga dengan hadirnya pesta cahaya ini akan membawa kebahagian dan keceriaan buat anda semua.

Majlis Perkahwinan Samhah (PKK) & Mohd Zaizi



Majlis Perkahwinan Samhah Bt. Hj. Zakaria (PKK) dengan pasangannya Mohd Zaizi B. Mohd Yusoff pada hari Sabtu, 23hb November 2013 bersamaan 19 Muharram 1435 Hijrah bertempat di No. 434, Penaga, 13100 Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.




Friday, October 11, 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha 2013


Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Friday, September 13, 2013

Pesta Sukan Perpustakaan Awam Se-Malaysia (SPASM) kali ke20


Pesta Sukan Perpustakaan Awam Se-Malaysia (SPASM) merupakan kejohanan sukan yang diadakan setiap 2 tahun sekali, bermula sejak 1984 di antara semua Perpustakaan Awam Negeri di Semenanjung Malaysia. Pada tahun ini Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan kali ke-20. Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang turut akan menyertai pesta sukan tersebut. Semoga kontinjen PPAPP memperolehi kejayaan dan maju jaya.

http://www.ppas.gov.my/spasm20/




Thursday, September 12, 2013

Selamat Menyambut Hari Malaysia


Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun bagi memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963, menandakan penyertaan bersama Tanah MelayuBorneo Utara (kini Sabah),Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Sekitar "Karnival Perpustakaan Di Hatiku"



Sepanjang berlangsungnya Karnival Perpustakaan Di Hatiku, 7-8 September 2013, di Perpustakaan negeri di Seberang Jaya. Untuk lain-lain gambar sila layari facebook/penanglib.com

Monday, September 2, 2013

PPAPP @ Hari Kemerdekaan Ke-56


Perbarisan Hari Kemerdekaan Ke-56, pada 31 Ogos 2013 (Sabtu) pada jam 8.00 pagi

Friday, August 30, 2013

PPAPP @ Raptai Hari Kemerdekaan Ke-56


Raptai "Hari Kemerdekaan Ke-56" pada 30 Ogos 2013 (Jumaat), jam 8.00 pagi.

Tuesday, August 27, 2013

Karnival Perpustakaan Di Hatiku 2013


Jom turut serta bersama kami @ Karnival Perpustakaan Di Hatiku, pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tempoh 2 hari tersebut.


Friday, August 23, 2013

Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2013


Majlis Sambutan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2013,
Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.





 

















Staff PPAPP @ Youtube

Tontonilah pelbagai video aktiviti kakitangan PPAPP hanya di
http://www.youtube.com/penanglibrary

PPAPP @ Youtube

Tontonilah pelbagai video aktiviti PPAPP hanya di
http://www.youtube.com/penanglibraryV2

Hit Start

Followers

Hubungi Kami

Perbadanan Perpustakaan Awam
Pulau Pinang,
JKR 2118, Jalan Perpustakaan,
Seberang Jaya, 13700 Perai,
Pulau Pinang.

Telefon : 04-3971058
Fax : 04-3970226


Moderator Blog : administrator


Blog ini telah diwujudkan sejak 14 Jun 2009

Created by Penanglibrary. Powered by Blogger.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More